Selamat Datang diucapkan kepada semua kaki-kaki pancing dan pencinta khazanah dari mana jua pun asalnya. Paparan ini hanyalah bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi aktiviti-aktiviti memancing, mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei tak kira ikan air tawar atau pun ikan air masin. Menostalgiakan kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing dan akhir kata diucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Sekian Terima Kasih

Tuesday, March 23, 2010

Ungah Di Tiga Lokasi

Sabtu, 20 March 2010 - Memandang ombak laut masih bergelora, tiada lah aktiviti memancing di laut. Untuk melepaskan gian kita pergi memancing dekat kuala sungai jer.. Mula² kita pergi memancing di Kuala Sungai Lumut dulu.. hanya seekor ikan ungah jer yang sudi, itu pun menggunakan teknik casting.. bottom fishing tiada ikan yang sudi memamah umpan.

Lepas tu kita pergi kat Kuala Sungai Dua pula, Rezeki yang sama dengan teknik yang sama juga. Memandangkan arus semakin deras, kita orang pun balik rumah ja lah.. Pada keesokan harinya kita orang pula mencuba kat Kuala Sungai Bera, Seria. Disana kami menaikkan 3 ekor ikan ungah seberat (1.4kg, 400gm & 300gm), seekor ikan Ketambak (400gm) dan seekor Sembilang (1kg) dengan menggunakan teknik casting dan bottom fishing.



Ungah 1.4kg Sg Bera
Ungah Sg Dua
Ungah Sg Lumut

Monday, March 8, 2010

Susulan Di Laut Sempadan

Sabtu, 06 March 2010 @ 1600hrs - Trip kami pada malam ini adalah susulan dari trip kelmarin iaitu di lokasi perairan Laut Puchong (sempadan laut Belait/Baram), Sampainya kami di lokasi..... mulanya arus barat laut atu deras.. turun kan pancing dasar (bottom fishing) timbul sendakau kana bawa arus... jadinya kami menambah pemberatnya lagi, baru tah pancing dapat diturunkan. Masalahnya lagi pada hari itu sangat sukar untuk mencari umpan di laut. Terpaksalah kami menggunakan ikan timah sebagai umpan. Alhamdullillah, ada juga ikan yang mengenakan umpan seperti ikan kerisi bali, kerapu dan banglus (Cobia).

Setelah tenggelamnya matahari, mulalah ikan languran atu bermain-main jarak 100m dari perahu kami... dengan tidak membuang masa kami pun terus tukar teknik popping... tapi hanya seekor saja languran yang tersangkut, kami pun meneruskan popping hingga jam 9.30 malam. Keadaan ombak mula berubah menjadi besar... demi mengelakkan keadaan bahaya terjadi.. lalu kami pun terpaksa beredar pulang...
Baru berlepas dari pangkalan penurunan perahu
Jeman sedang menganjun (teknik Jigging tradisional)
Mayan Sedang Popping
Menarik kerisi Bali
Banglus (Cobia) makan umpan
Languran Oleh C-Adie Popping
Kerisi bali oleh Gondoi

Pesta Menyadak Bubuk di Pantai Belait

Sabtu, 06 March 2010 @ 0700hrs – 1000hrs – Keluarga C-Dapatz turun ke pantai untuk menyadak bubuk. Bubuk sejenis udang kecil sekarang telah melanda dipersisiran pantai Belait. Bubuk ini ditangkap menggunakan Sadak iaitu sejenis jala halus yang dijahit ke dua batang kayu. Dihujung tiap batang kayu itu dipasang dengan kasut supaya ianya senang bergesir dipasir laut apabila ditolak. Ini adalah musim Bubuk pertama pada tahun ini. Ianya cuma berlarutan selama seminggu sahaja. Selepas itu bubuk ini akan berpindah ketempat lain lagi. Maka orang ramai tidak akan melepaskan peluang ini.

Hasil Bubuk ini akan dijadikan Cencalu (Cencaluk / preserved shrimps) dan Belacan (Shrimp Paste). Bubuk ini juga boleh dikeringkan untuk dijadikan simpanan untuk kegunaan dilain hari. Ianya juga sedap dibuatkan cucur bubuk
Menyadak bubuk di pecahan ombak
Gondoi & C-Awang sedang asyik menyadak
Ramai orang tak melapaskan peluang
Membawa hasil tangkapan ke darat
Makcik ini masih kuat untuk mengangkat hasil kira² beratnya 10kg
C-Awang membetulkan jala yang koyak
Hasil Tangkapan dipunggah ke kereta

Bubuk segar
Gambaran bubuk
separuh hasil tangkapan setelah dibahagi dua bahagian

Bermalam Di Laut Sempadan Belait/Baram

Nama: Mayan and Ateng (C-Dapatz Team)
Tangkapan: Languran 5kg & 3.5 kg, Kerisi Bali 2 kg, Berahan Sulit 2.5 kg
Teknik: Pancing Dasar & Popping
Umpan: Basong² hidup/besirap & Halco Roosta Popper H52
Joran: Eupro P5 & Synergy Titanium Shakespeare P3
Spool: shimano navy 8000pg
Line: suffix 50lbs
Hook: Mustad No: 11 & 9
Lokasi: Raba c-Dapatz (Sempadan Belait / Baram)
Waktu: Malam (05hb March 2010)
Languran oleh Popping
Kerisi Bali uleh C-Ateng
Berahan Sulit

Monday, March 1, 2010

Trip Susulan Ke Takat Kecil

Sabtu, 27 Februari 2010 @ 0600 hrs - 1200 hrs - Trip kali ini dikawasan yang sama iaitu di Takat Kecil. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman dan Adie memulakan trip seawal jam 06:00 pagi dan singgah sebentar merambat Udang Siar di Kuala Sungai untuk dijadikan umpan. Tapi Cuma beberapa ekor udang saja yang diperolehi. Memandangkan cahaya matahari makin meninggi, kami pun berangkat menuju kelokasi.

Memandangkan pada hari itu air laut berkeadaan tenang dan dipersisiran pantai pada masa ini musim bubuk dan ikan pusu, dan di kawasan takat pun terdapat banyak ikan² kecil bermain², maka peluang untuk menaikan ikan² pemangsa seperti Travelly Family, Tenggiri dan Snapper adalah sangat tipis. Apakan daya dengan kekurangan pengalaman dan pengetahuan maka kami pun hanya menggunakan teknik bottom fishing saja. Alhamdullilah, hasil tangkapan pada hari itu adalah seperti ikan Pisang², Kunyit² (Bluestripe Snapper), kerapu dan Bekalang sahaja.

Merambat Udang Siar
Menuju Ke Lokasi
Pisang² dan Kunyit² seberat 7Kg
Kerapu 2.5Kg

Bekalang 1Kg