Selamat Datang diucapkan kepada semua kaki-kaki pancing dan pencinta khazanah dari mana jua pun asalnya. Paparan ini hanyalah bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi aktiviti-aktiviti memancing, mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei tak kira ikan air tawar atau pun ikan air masin. Menostalgiakan kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing dan akhir kata diucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Sekian Terima Kasih

Sunday, June 28, 2009

BEKARA LAGI


Bekara 1.2 Kg & 0.8 Kg
Bekara Uleh Nuai

Beberahan 2.3 Kg
Kerisi Bali 2 Kg

Sunday, June 21, 2009

Hasil Di Basi Ali

Sabtu, 20 June 2009 @ 1500 hrs - 1100 hrs - Trip kali ini dikawasan Kapal Karam iaitu Kapal Toho Maru atau yang dikenali oleh orang tempatan dengan nama Basi Ali dipersekitaran 12 Km dari AMPA 8. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman, Adie dan C-Alim memulakan trip dengan mengambil umpan basong hidup dikawasan lawa² dekat AMPA 8. Lepas itu baru lah kami menuju ke lokasi. Disana kami menggunakan teknik pancing setelah air dengan umpan hidup dan pancing dasar. Alhamdullilah, hasilnya adalah seperti ikan Menukuk, Bemasa, Languran, Ketambak dan lain² lagi .
Hasil kami pada malam itu

C-Dapatz Team bergambar ramai

C-Alim

Mayan dengan Menukuk nya

1st time menaikkan GT

Yatah Ganya Nie Uleh Malam Atu

Nama : Mayan
Hasil tangkapan : Bekara
Berat tangkapan : 1.6 Kg
Lokasi : Lawa²
Teknik : Bottom Fishing
Perambut : 30lbs
Hook : Mustad no.9
Umpan : Basong (Balah Dua)

Rabu 10 Jun 2009 @ jam 1630 hrs - 2100 hrs - Kali ini rezeki kami tak lah berapa sangat.. Alhamdullilah kami berjaya menewaskan seekor udang bekara dan beberapa kilo ikan rumahan saja. Ini disebabkan air laut sangat deras di sebelah atas, jernih dan sejuk

Sunday, June 7, 2009

MENCUBA LAWA² LAMA

Ahad, 07 Jun 2009 @ 0300 hrs - 1000 hrs - Trip kali ini dikawasan Lawa² atas Sungai 4 Laut Belait. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman, Adie dan Ating turun memcuba tempat lawa² yang lama dan masih berpotensi. Mulanya kami hanya mengambil umpan disana, ternyata masing banyak ikan Rumahan dan Basong disana. Lalu kami pun meneruskan untuk menggunakan teknik pancing dasar. Hasilnya adalah seperti ikan Sulit merah, Sulit Tauhu, Belais, Ketambak, Kerapu n Pisang². Kami pulang dalam pukul 1000 pagi kerana cuaca terlalu panas pada hari itu.
C-Ating menyiut lebihan umpan hidup
Kerapu & Belais
Sulit Merah & Sulit Tauhu
Ikan Campur²
Rumahan
Basong²

Mancing Kolam Belakang Rumah!!




Nama: Leha (Cdapatz Team)
Tangkapan: Common Carp (melayunya nda tau)
Berat: 2kg+
Tempat: Kolam Belakang Rumah
Teknik: Floating fishing
Joran: Rotan, Tangsi cina, pelampong and matakail
Umpan: cacing

Wednesday, June 3, 2009

REZEKI SEMPENA ULANG TAHUN ABDB

Ahad, 31 Mei 2009 - Selepas selesai Sambutan Ulang Tahun ABDB, kami (Mayan, Gondoi dan Ateng) mengambil kesempatan ini untuk turun kelaut walaupun kepenatan masih terasa selepas berkawat. Lagi pun esok hari adalah hari kelepas awam, jadi esok boleh lah berehat. Dalam jam pukul 4.00 petang kami pun belepas dari pangkalan menuju kelokasi yang memakan masa dalam 1 jam untuk sampai. Apabila sampai kelokasi, keadaan air berarus deras menyebabkan teknik pancing bawah menjadi sukar. Terpaksanya memancing menggunakan batu landung yang besar dan berat supaya tak hanyut dibawa harus. Selain dari itu teknik Popping dan jigging juga digunakan.
Alhamdullilah rezeki pada hari itu adalah seperti Ikan Merah (Mambangan), Ikan Puteh (Mengasang), Languran, Bulan², Berahan, Pisang² dan Kerapu. Walaupun keadaan air pada hari itu tak beberapa memuaskan, kami tetap berpuas hati dengan hasilnya...