Selamat Datang diucapkan kepada semua kaki-kaki pancing dan pencinta khazanah dari mana jua pun asalnya. Paparan ini hanyalah bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi aktiviti-aktiviti memancing, mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei tak kira ikan air tawar atau pun ikan air masin. Menostalgiakan kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing dan akhir kata diucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Sekian Terima Kasih

Friday, March 7, 2008

BEKARA PERAIRAN AMPA


Nama : Dalin
Hasil tangkapan : Bekara
Berat tangkapan : 3.2 Kg
Lokasi : Perairan AMPA – Basi Ali
Teknik : Bottom Fishing – Pakai Sendakau
Rod: Uglu stick
Line: Toman 50lbs
Perambut : 30lbs – 6 meter panjang
Hook : Mustad no.9
Umpan : Basong Bulat (besirap)

KALOI MERAH PADANG PERAWA


Nama : Faiz (ikut neneknya c-Dapat mengail di ulu)
Hasil tangkapan : Kaloi Merah
Berat tangkapan : 6 Kg
Lokasi : Padang Perawa, Sungai Belait, 45 Km dari Sungai Mumong, perjalanan 1 jam 45 minit menggunakan perahu 13 kaki panjang dan enjin 30 hp.
Teknik : Pancing gantung (sagang)
Perambut : tali nylon 3mm
Hook : Mustad no.2
Umpan : Udang galah (Hidup) saiz besar uleh bubu

Ceritanya:

Perjalanan ketempat lokasi memakan masa 1 jam 45 minit menggunakan perahu 13 kaki panjang dan enjin 30 hp. Sakit punggung duduk lama dalam perahu. Sebelum atu melawat bubu udang galah dulu di Lubuk Senilak untuk dibuatkan umpan, sampai kelokasi baru tah menggantung kail arah dahan-dahan pokok siring sungai. Panjang talinya dalam 4 meter, caranya macam mengail ikan dalak jua lah kai bepelampong. Umpannya udang galah basar atu di ikat arah hook kai banang supaya tahan lama hidupnya. Kalau dikait arah hook mati tia udang atu. Pasang kail atu dalam 30 gantungan. Tinggalkan kail atu semalaman, esok pagi baru dilawati.

Keesokkan harinya, 7 gantungan (kail) mengenakan hasilnya. Hasilnya adalah seekor ikan Kaloi Merah berat 6kg, 4 ekor ikan Tapah berat seekor dalam 1.5 – 2.5kg dan Ikan Beruis (Baung Besar) berat seekor dalam 1.0kg.

Note: Ikan Tapah n Ikan Beruis nda sampat digambar, sebabnya kana pajak semua oleh customer. Harganya $10 sekilo (harga diperahu)