Selamat Datang diucapkan kepada semua kaki-kaki pancing dan pencinta khazanah dari mana jua pun asalnya. Paparan ini hanyalah bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi aktiviti-aktiviti memancing, mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei tak kira ikan air tawar atau pun ikan air masin. Menostalgiakan kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing dan akhir kata diucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Sekian Terima Kasih

Tuesday, July 28, 2009

Takat Lumut Part.2

Ahad, 26 July 2009 @ 0500 hrs - 1100 hrs - Trip kali ini ada pencubaan buat kali kedua dipersekitaran Takat Lumut. C-Dapatz Team seramai 5 orang iaitu Mayan, Jeman, Adie, Sudir dan Gondoi memulakan trip dengan mengambil umpan basong dan aur² dikawasan lawa² di atas Seria. Sesampainya dilokasi, keadaan cuaca adalah panas dan berombak sekitar 0.5m - 1.5m dengan air selatan bertiup secara sedikit kuat dan membuat perahu kami bergoyang².

Dalam keadaan sebegini dan air tidak berarus ini adalah sukar untuk menjejak ikan dikawasan takat. Dengan azam yang kuat kami pun meneruskan jua trip ini. Tidak lama kemudian cuaca sebelah barat laut berobah menjadi kegelapan disebabkan awan hitam mula bergumpul. kami pun mula bergegas untuk beredar dari kawasan ini.

Tidak lama kemudian iaitu jarak 5 batu nautika selepas beredar, ribut barat laut pun melanda dengan kencangnya. kami terpaksa memperlahan kelajuan perahu kerana ombak laut mula bergelora disebabkan perobahan arus. Air laut mula memasuki perahu dan terpaksalah kami menimba keluar air secara perlahan² untuk mengelakkan perkara buruk berlaku. kami mengambil masa selama 2.5 jam untuk sampai kedarat dalam jarak jauh 20 batu nautika dari laut.

Alhamdullilah, kami selamat sampai kepangkalan dengan pakaian basah kuyup dan kesejukkan, walaupun ribut melanda dan mengail cuma sekejap tapi hasilnya adalah seperti ikan Pelapahan, kerapu, Ikan Yu dan lain² lauk takat
Hasil pada hari itu
Ikan Takat

Ikan Yu dan Pelapahan

Wednesday, July 22, 2009

Belida Lubok Lanyap

Name: Mayan
Tangkapan: Belida
Berat Tangkapan: 4kg
Teknik: Pancing Gantung
Perambut: tali 2mm
Hook: vmc no 8
Umpan: Ikan Katingkang
Lokasi: Lubok Lanyap
Waktu: 4ptg, selasa (21 July 2009)

Hasil Takat Lumut

Kerapu 1kg


Bemasa 2kg


Ahad, 19 July 2009 @ 0300 hrs - 1200 hrs - Trip kali ini dikawasan Takat Lumut dipersekitaran 20+ Batu Nautika dari Kuala Sungai Belait. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman, Adie dan Nuai memulakan trip dengan mengambil umpan basong hidup dikawasan lawa² dekat AMPA 8. Lepas itu baru lah kami menuju ke lokasi. Disana kami menggunakan teknik pancing setelah air dengan umpan hidup dan pancing dasar. Alhamdullilah, hasilnya adalah seperti ikan Bemasa, kerapu, sulit hijau dan lain² lauk takat.