Selamat Datang diucapkan kepada semua kaki-kaki pancing dan pencinta khazanah dari mana jua pun asalnya. Paparan ini hanyalah bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi aktiviti-aktiviti memancing, mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei tak kira ikan air tawar atau pun ikan air masin. Menostalgiakan kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing dan akhir kata diucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Sekian Terima Kasih

Sunday, April 24, 2011

Trip Menyulit Di Lawa² C-Mayan

Sabtu, 23 April 2011 @ 0600 hrs - 1400 hrs - Trip kali ini sebenarnya dirancang hendak turun dikawasan Laut Fairley. Memandang laut pada pagi itu sedikit bergelora dengan angin bertiup dari barat laut, kami pun C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman, Adie dan Sudir singgah sebentar dekat Lawa² C-Mayan dikawasan perairan Laut AMPA. Pada awalnya ombak masih lagi bergelora, dengan semangat yang kental kami pun meneruskan jua trip ini. memandangkan Lawa² ini masih baru, tak disangka pula ada isinya. Alhamdullilah kami di serang oleh kawanan Sulit Merah, kesemua sulit itu ada lah 42 ekor dengan teknik sendakau.



Mayan Dengan Sulit




Hasil Tangkapan




Sulit 42 ekor



Basong² setangah baldi

Trip Kedua waktu Taduh Tahun



Si Dapat Kembali Beraksi

Sabtu, 16 April 2011 - Buat kali pertama pada tahun 2011 Si Dapat, bapa kami turun kepadang pancing yang telah ditinggalkannya beberapa tahun lalu. Walaupun lama sudah ditinggalkan bidang ini ternyata skill dan pengelaman masih buleh dipamerkan dan diturunkan ke generasi baru. Kali ini kami hanya mencuba turun ke lawa-lawa yang sudah lama tak dilawati. Ini lah hasil kami pada hari ini, Alhamdullilah walaupun hanya sekejap sahaja kami beraksi




Si Dapat sewaktu melimpasi kuala sungai





Hasil Tangkapan