Selamat Datang diucapkan kepada semua kaki-kaki pancing dan pencinta khazanah dari mana jua pun asalnya. Paparan ini hanyalah bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi aktiviti-aktiviti memancing, mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei tak kira ikan air tawar atau pun ikan air masin. Menostalgiakan kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing dan akhir kata diucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Sekian Terima Kasih

Thursday, December 31, 2009

Wednesday, December 16, 2009

Mengail Suka² Saja

Amal dengan mini GT nya
Gambaran Lokasi
Nama : Amal
Hasil Tangkapan : Kalikitok
Berat Tangkapan : 200 gm
Lokasi : Anduki, Kawasan Jambatan
Teknik : Bottom Fishing
Rod : Murah Ja
Spool : Tica 3500GK
Umpan : Udang $1 x 6

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI


Kami sekeluarga dari Cdapatz Team ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin Dengan Tulus Ikhlas Kepada Semua Pengunjung blog kami.
Allahuakhbar.....Allahuakhbar.....Allahuakhbar.....Wadillah ilham....

Saturday, August 29, 2009


C-Dapatz Team ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua Umat Islam dan jangan ponteng puasa dan jangan lupa keluarkan Zakat Fitrah

Tuesday, July 28, 2009

Takat Lumut Part.2

Ahad, 26 July 2009 @ 0500 hrs - 1100 hrs - Trip kali ini ada pencubaan buat kali kedua dipersekitaran Takat Lumut. C-Dapatz Team seramai 5 orang iaitu Mayan, Jeman, Adie, Sudir dan Gondoi memulakan trip dengan mengambil umpan basong dan aur² dikawasan lawa² di atas Seria. Sesampainya dilokasi, keadaan cuaca adalah panas dan berombak sekitar 0.5m - 1.5m dengan air selatan bertiup secara sedikit kuat dan membuat perahu kami bergoyang².

Dalam keadaan sebegini dan air tidak berarus ini adalah sukar untuk menjejak ikan dikawasan takat. Dengan azam yang kuat kami pun meneruskan jua trip ini. Tidak lama kemudian cuaca sebelah barat laut berobah menjadi kegelapan disebabkan awan hitam mula bergumpul. kami pun mula bergegas untuk beredar dari kawasan ini.

Tidak lama kemudian iaitu jarak 5 batu nautika selepas beredar, ribut barat laut pun melanda dengan kencangnya. kami terpaksa memperlahan kelajuan perahu kerana ombak laut mula bergelora disebabkan perobahan arus. Air laut mula memasuki perahu dan terpaksalah kami menimba keluar air secara perlahan² untuk mengelakkan perkara buruk berlaku. kami mengambil masa selama 2.5 jam untuk sampai kedarat dalam jarak jauh 20 batu nautika dari laut.

Alhamdullilah, kami selamat sampai kepangkalan dengan pakaian basah kuyup dan kesejukkan, walaupun ribut melanda dan mengail cuma sekejap tapi hasilnya adalah seperti ikan Pelapahan, kerapu, Ikan Yu dan lain² lauk takat
Hasil pada hari itu
Ikan Takat

Ikan Yu dan Pelapahan

Wednesday, July 22, 2009

Belida Lubok Lanyap

Name: Mayan
Tangkapan: Belida
Berat Tangkapan: 4kg
Teknik: Pancing Gantung
Perambut: tali 2mm
Hook: vmc no 8
Umpan: Ikan Katingkang
Lokasi: Lubok Lanyap
Waktu: 4ptg, selasa (21 July 2009)

Hasil Takat Lumut

Kerapu 1kg


Bemasa 2kg


Ahad, 19 July 2009 @ 0300 hrs - 1200 hrs - Trip kali ini dikawasan Takat Lumut dipersekitaran 20+ Batu Nautika dari Kuala Sungai Belait. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman, Adie dan Nuai memulakan trip dengan mengambil umpan basong hidup dikawasan lawa² dekat AMPA 8. Lepas itu baru lah kami menuju ke lokasi. Disana kami menggunakan teknik pancing setelah air dengan umpan hidup dan pancing dasar. Alhamdullilah, hasilnya adalah seperti ikan Bemasa, kerapu, sulit hijau dan lain² lauk takat.

Sunday, June 28, 2009

BEKARA LAGI


Bekara 1.2 Kg & 0.8 Kg
Bekara Uleh Nuai

Beberahan 2.3 Kg
Kerisi Bali 2 Kg

Sunday, June 21, 2009

Hasil Di Basi Ali

Sabtu, 20 June 2009 @ 1500 hrs - 1100 hrs - Trip kali ini dikawasan Kapal Karam iaitu Kapal Toho Maru atau yang dikenali oleh orang tempatan dengan nama Basi Ali dipersekitaran 12 Km dari AMPA 8. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman, Adie dan C-Alim memulakan trip dengan mengambil umpan basong hidup dikawasan lawa² dekat AMPA 8. Lepas itu baru lah kami menuju ke lokasi. Disana kami menggunakan teknik pancing setelah air dengan umpan hidup dan pancing dasar. Alhamdullilah, hasilnya adalah seperti ikan Menukuk, Bemasa, Languran, Ketambak dan lain² lagi .
Hasil kami pada malam itu

C-Dapatz Team bergambar ramai

C-Alim

Mayan dengan Menukuk nya

1st time menaikkan GT

Yatah Ganya Nie Uleh Malam Atu

Nama : Mayan
Hasil tangkapan : Bekara
Berat tangkapan : 1.6 Kg
Lokasi : Lawa²
Teknik : Bottom Fishing
Perambut : 30lbs
Hook : Mustad no.9
Umpan : Basong (Balah Dua)

Rabu 10 Jun 2009 @ jam 1630 hrs - 2100 hrs - Kali ini rezeki kami tak lah berapa sangat.. Alhamdullilah kami berjaya menewaskan seekor udang bekara dan beberapa kilo ikan rumahan saja. Ini disebabkan air laut sangat deras di sebelah atas, jernih dan sejuk

Sunday, June 7, 2009

MENCUBA LAWA² LAMA

Ahad, 07 Jun 2009 @ 0300 hrs - 1000 hrs - Trip kali ini dikawasan Lawa² atas Sungai 4 Laut Belait. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman, Adie dan Ating turun memcuba tempat lawa² yang lama dan masih berpotensi. Mulanya kami hanya mengambil umpan disana, ternyata masing banyak ikan Rumahan dan Basong disana. Lalu kami pun meneruskan untuk menggunakan teknik pancing dasar. Hasilnya adalah seperti ikan Sulit merah, Sulit Tauhu, Belais, Ketambak, Kerapu n Pisang². Kami pulang dalam pukul 1000 pagi kerana cuaca terlalu panas pada hari itu.
C-Ating menyiut lebihan umpan hidup
Kerapu & Belais
Sulit Merah & Sulit Tauhu
Ikan Campur²
Rumahan
Basong²

Mancing Kolam Belakang Rumah!!




Nama: Leha (Cdapatz Team)
Tangkapan: Common Carp (melayunya nda tau)
Berat: 2kg+
Tempat: Kolam Belakang Rumah
Teknik: Floating fishing
Joran: Rotan, Tangsi cina, pelampong and matakail
Umpan: cacing

Wednesday, June 3, 2009

REZEKI SEMPENA ULANG TAHUN ABDB

Ahad, 31 Mei 2009 - Selepas selesai Sambutan Ulang Tahun ABDB, kami (Mayan, Gondoi dan Ateng) mengambil kesempatan ini untuk turun kelaut walaupun kepenatan masih terasa selepas berkawat. Lagi pun esok hari adalah hari kelepas awam, jadi esok boleh lah berehat. Dalam jam pukul 4.00 petang kami pun belepas dari pangkalan menuju kelokasi yang memakan masa dalam 1 jam untuk sampai. Apabila sampai kelokasi, keadaan air berarus deras menyebabkan teknik pancing bawah menjadi sukar. Terpaksanya memancing menggunakan batu landung yang besar dan berat supaya tak hanyut dibawa harus. Selain dari itu teknik Popping dan jigging juga digunakan.
Alhamdullilah rezeki pada hari itu adalah seperti Ikan Merah (Mambangan), Ikan Puteh (Mengasang), Languran, Bulan², Berahan, Pisang² dan Kerapu. Walaupun keadaan air pada hari itu tak beberapa memuaskan, kami tetap berpuas hati dengan hasilnya...



Friday, May 29, 2009

Mengunau Di Sungai 2





Nama : Awang DJ
Hasil Tangkapan : Kunau
Jumlah : 312 biji
Tempat : Pantai Sungai Dua
Teknik : Liat Mata (modified pvc scapper)
Masa : 23 - 27hbMay2009 (pukul 4ptg - 6ptg)


Saturday, May 23, 2009

Adalah Jua Rezeki Sedikit

Memandangkan cuaca minggu ini tak menentu.. rancangan kami pun dah beberapa kali tertunda akibat angin barat daya yang kencang kerap kali bertiup.. Pada Ahad, jam 10:00 pagi kami iaitu Mayan, Jeman dan Adie telah pun cuba untuk turun kelaut memandangkan cuaca hari itu agak memuaskan walaupun matahari sudah meninggi.... dengan semangat yang cekal... kami pun sampai ke lokasi... Alhamdulliah keadaan laut amat tenang.. kami pun terus melabuhkan kail hinggalah kepetang. Hasilnya adalah seperti Ikan Taweh (2 x 5.5 Kg), Kepayang seberat 2 Kg, 5 ekor Kerapu Merah (Pengantaran) seberat 2.5 Kg, Pisang² dan Andapak lebih 10 Kg.

Maaf... Kualiti gambar kurang memuaskan

Thursday, May 21, 2009

TAPAH MUSIM BARU

Name: Sudir
Tangkapan: Tapah
Berat Tangkapan: 2.5kg + 1.6 kg
Teknik: Pancing Gantung
Perambut: tali 2mm
Hook: vmc 6/0
Umpan: Ikan Kali & Udang Galah King
Lokasi: Sekitar Padang Perawa
Waktu: Malam Isnin (17 Mei 2009)


p/s: batah sudah inda turun memasang panjing gantung ani maklumlah bekas musim air keracun di Sungai Belait… ani baru-baru jua turun menggantung sama bapa ku (C-Dapat)... Kelmarin udah hari Ahad patang kami memasang pancing ani... lapas tu tinggal ja bemalaman.. esok paginya baru kami melawat... Alhamdullih... ada jua rezeki..

Sunday, April 26, 2009

TRIP LAWA² ATAS BATU TIGA

Ahad, 26 April 2009 @ 0400 hrs - 1100 hrs - Trip kali ini dikawasan Lawa² dipersekitaran 10 batu dari SeaView Hotel KB. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Nuai, Jeman dan Adie dengan hanya menggunakan teknik pancing dasar dengan umpan Aur² dan Rumahan untuk memancing di tempat sarang ikan (Lawa² atau Tukun Tiruan) yang lama dan masih berpotensi. Hasilnya adalah seperti ikan Languran, Taweh, Geronggong, Kerapu n Pisang².

Sampai dipangkalan penaikan perahu

Sedang melihat hasil tangkapan


Taweh seberat 5 kg hasil tangkapan C-Mayan
Languran dan Geronggong

Kerapu ja Boi...

Semua hasil tangkapan
Guntur...


Jeman dengan Taweh

Tuesday, April 21, 2009

TRIP SUSULAN SELEPAS TIADA KEPUASAN

19th April 2009, Jam 1600HRS - 2300HRS, Trip kali ini adalah susulan selepas tiada nya kepuasan memancing kelmarin, C-Dapatz Team iaitu Mayan, Nuai, Awang n Sudir turun lagi kelaut di lokasi yang sama. Tapi kali ini teknik pancing dibuat secara pancing dasar dan hasilnya adalah seperti ikan Languran, Pengantaran (Kerapu Bara) , Kerisi Bali, Kerapu n Pisang².

Cuaca sangat mengizinkan ganya arus agak deras, pakai batu barat ja. Alhamdullilah ada jua rezeki malam a2 uleh memajal jua tu hehehehe.


Uleh C-Mayan... banyak sambaran

Pengantaran berat semua 2.5 Kg