Selamat Datang diucapkan kepada semua kaki-kaki pancing dan pencinta khazanah dari mana jua pun asalnya. Paparan ini hanyalah bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi aktiviti-aktiviti memancing, mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei tak kira ikan air tawar atau pun ikan air masin. Menostalgiakan kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing dan akhir kata diucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Sekian Terima Kasih

Monday, November 22, 2010

Hasil Membottom di Chearnley Shoals

Ahad, 21 November 2010 @ 0600 hrs - 1500 hrs - Memancing di sekitar kawasan takat di atas Seria iaitu Chearnley Shoals

Pelapahan, Bekalang Biawak & Kerapu Sunuh (Coral Trout)
Ikan Sulit Merah
Lauk Takat

Monday, November 15, 2010

Trip Menongkol

Ahad, 14 November 2010 @ 0600 hrs - 1400 hrs - Trip kali ini sebenarnya hanya untuk melepaskan gian memancing dilaut. Pada masa ini musim kentujuh melanda negara kita, aktibiti memancing dilaut adalah terhad. Memandangkan hari ini menampakan cuaca yang baik dan ombak laut pun mula dah berkurangan, kami pun C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman dan Nuai memulakan trip seawal jam 06:00 pagi berangkat menuju kelokasi perairan Laut AMPA. Pada awalnya ombak masih lagi bergelora, dengan semangat yang kental kami pun meneruskan jua trip ini.

Setibanya dilokasi dengan keadaan ombak yang begelora, angin barat daya bertiup, air laut yang jernih / sejuk dan perahu yang berdansa, kami memulakan dengan pancing bottom saja. Hanya ikan² yang kecil saja yang sudi menjamah seperti ikan Pisang² dan Kerapu. Ada juga ikan temanung hasil dari teknik memapar (apollo). Apabila jam 9:00 pagi, ombak laut mula sedikit tenang dan ikan tongkol (tuna) pun mula bermain² dipermukaan air. Kami pun meneruskan teknik bottom dan apollo sahaja.

Pada jam 10:00 pagi ikan tongkol pun mula semakin banyak bermain lalu kami pun tukar teknik tunda pula, pada mulanya kami tidak berjaya menawan seekor pun ikan tongkol ini, dengan semangat yang cekal kami pun meneruskan jua untuk menunda tongkol. Akhirnya kami berjaya menawan 17 ekor ikan tongkol seberat 1.5kg – 2kg seekor. Jam 02:00 tgh hari kami pun berangkat pulang memandangkan bekalan minyak sudah berkurangan. Alhamdullilah, kami selamat mendarat dengan hasil tangkapan.
Kawanan Tongkol sedang bermain dipermukaan air
Sedang menunda tongkol
Tongkul Sisik
Temanung
Pisang-Pisang & Sulit
Titir