Dokumentari yang dirakamkan oleh Regalblue Production
bersama C-Dapatz Team di Ulu Belait
selama 3 hari 2 malam pada bulan September 2008
Perjalanan mengambil masa selama 1jam setengah dari tempat penurunan perahu kuala belait. Yang di anggotai oleh 6 orang ahli C-Dapatz Team dan 3 orang cameraman dari Regalblue Production. Objektif rakaman ini di ambil adalah untuk memberitahu dan bercerita tentang pengalaman yang pernah di lakukan ketika waktu lapang dan selajur memperkenalkan hasil sungai ulu Belait.

Rakaman pertama di ambil ketika sampai tempat yang di tuju
buat hari pertama

Masih lagi mencari tempat untuk melakukan aktiviti pertama iaitu
Memancing Ikan(Sagang)

Erwan (C-Dapatz Team) sedang memasang umpan udang galah
yang diperolehi dari membubu

C-Dapat ahli sebenar (C-Dapatz Team) telah menaikkan tangkapan
pertama iaitu Beruis(Ikan Baung Besar) seberat 2kg

Malam pertama masih sebok menyediakan persiapan
bagi menjalani aktiviti seterusnya

Inilah keadaan rumah yang dibina untuk tempat berteduh
kami apabila bermalam di ulu belait

Lawatan malam pertama untuk membangkit pancing-pancing
yang di gantung, dan tidak diduga salah satu pancing telahpun
dimakan Buaya dipercayai beratnya mencecah 30kg

C-Dapat memegang buaya yang dinaikkan kedarat

Erwan coba mendirikan buaya tersebut dengan tali

C-Dapat mendirikan dengan cara memegang kaki buaya tersebut sambil
dirakam oleh cameraman untuk siaran TV

Hari kedua dalam sesi rakaman dan mendapat beberapa
ekor lagi Beruis yang beratnya hampir sama

Hasil tangkapan kami pada waktu tersebut

Awg Tahir ditemuramah oleh crew pihak rakaman
pada hari kedua mengenai teknik memancing cara bergantung(sagang)

Masuk hari ketiga iaitu hari terakhir membuat rakaman
dengan aktiviti seterusnya iaitu mencari umbut

Umbut rotan dan umbut nibung juga adalah aktiviti kami
ketika berada di ulu Belait, umbut ini akan dibawa pulang kerumah
atau boleh juga menjadi hidangan kami di sana

keadaan ketika mencari umbut tersebut yang tidak berjauhan dengan
tempat tinggal kami juga

Untuk hari terakir sempat juga merakamkan aktiviti seterusnya
iaitu Memundul(menangkap) Burung Teripas, kawasan berhampiran
tempat tinggal kami juga iaitu dipanggil Padang Perawa
p/s: dokumentari ini berjalan dengan lancar, dan juga sudah ditayangkan di TV Brunei
baru-baru ini.. Insyallah akan di adakan lagi rakaman kedua pada masa akan datang..


No comments:
Post a Comment