Memandangkan cuaca minggu ini tak menentu.. rancangan kami pun dah beberapa kali tertunda akibat angin barat daya yang kencang kerap kali bertiup.. Pada Ahad, jam 10:00 pagi kami iaitu Mayan, Jeman dan Adie telah pun cuba untuk turun kelaut memandangkan cuaca hari itu agak memuaskan walaupun matahari sudah meninggi.... dengan semangat yang cekal... kami pun sampai ke lokasi... Alhamdulliah keadaan laut amat tenang.. kami pun terus melabuhkan kail hinggalah kepetang. Hasilnya adalah seperti Ikan Taweh (2 x 5.5 Kg), Kepayang seberat 2 Kg, 5 ekor Kerapu Merah (Pengantaran) seberat 2.5 Kg, Pisang² dan Andapak lebih 10 Kg.
Maaf... Kualiti gambar kurang memuaskan
No comments:
Post a Comment