Ahad, 31 Mei 2009 - Selepas selesai Sambutan Ulang Tahun ABDB, kami (Mayan, Gondoi dan Ateng) mengambil kesempatan ini untuk turun kelaut walaupun kepenatan masih terasa selepas berkawat. Lagi pun esok hari adalah hari kelepas awam, jadi esok boleh lah berehat. Dalam jam pukul 4.00 petang kami pun belepas dari pangkalan menuju kelokasi yang memakan masa dalam 1 jam untuk sampai. Apabila sampai kelokasi, keadaan air berarus deras menyebabkan teknik pancing bawah menjadi sukar. Terpaksanya memancing menggunakan batu landung yang besar dan berat supaya tak hanyut dibawa harus. Selain dari itu teknik Popping dan jigging juga digunakan.
Alhamdullilah rezeki pada hari itu adalah seperti Ikan Merah (Mambangan), Ikan Puteh (Mengasang), Languran, Bulan², Berahan, Pisang² dan Kerapu. Walaupun keadaan air pada hari itu tak beberapa memuaskan, kami tetap berpuas hati dengan hasilnya...
No comments:
Post a Comment