Selamat Datang diucapkan kepada semua kaki-kaki pancing dan pencinta khazanah dari mana jua pun asalnya. Paparan ini hanyalah bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi aktiviti-aktiviti memancing, mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei tak kira ikan air tawar atau pun ikan air masin. Menostalgiakan kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing dan akhir kata diucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Sekian Terima Kasih

Monday, April 6, 2009

TRIP LUBUK KUBAU KUALA SG BELAIT

Ahad, 6 April 2009 - Trip kali ini kami (Nuai, Mayan, Jeman dan Adie) hanya memancing dikawasan batu penghadang ombak Lubuk Kubau di persekitaran Kuala Sg Belait... ini disebabkan cuaca yang tak menentu dan keadaan ombak besar membuat kami tidak dapat turun kelaut dalam.. Tapi apakan daya dah tak tahan duduk di rumah.. kami pun turun ja lah untuk melepaskan gian...hehe.. Kami mula turun dari rumah pada jam 3.30 pagi dengan menunda boat ke sungai... dan dalam sekitar jam 4 lalu pagi kami pun beredar ke lokasi yang dimaksudkan.. Kira² jam 9 pagi kami pun pulang.. Alhamdullillah rezeki kami hanya beberapa ekor ikan seperti Kerisi Bali, Ampang Languran, Awat², Pisang² dan Kerapu

Sempat berposing semasa sampainya di pangkalan penurunan perahu

Perjalan pulang
Persekitaran Lubuk Kubau

No comments: