Ahad, 7 Februari 2010 @ 0600 hrs - 1000 hrs - Trip kali ini dikawasan Takat Kecil dipersekitaran 15 Batu Nautika dari Kuala Sungai Belait. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman, Adie dan Madin memulakan trip seawal jam 05:30 pagi dari pangkalan KB menggunakan perahu 23 kaki panjang dikuasai dengan 2x 50hp Enjin Yamaha. Seawal pagi begini keadaan sungai adalah tenang dan sejuk. Apabila sampainya kekuala Sungai Belait, air laut mula bergelora. Untuk tidak menghapakan, kami pun meneruskan kelokasi secara perlahan sahaja.
Sebelum itu kami singgah sebentar untuk mengambil umpan basong hidup dikawasan lawa² dekat AMPA 8. Lepas itu baru lah kami menuju ke lokasi. Disana kami menggunakan teknik pancing pancing dasar sahaja. Oleh disebabkan laut semakin bergelora, terpaksalah kami balik pada jam 10:00 pagi. Walaupun masa memancing cuma sekejap saja, sekurang²nya terlepas jua rasa giannya. Alhamdullilah, hasilnya tangkapan pada hari itu adalah seperti ikan Pisang², kerapu, Gipang (Ikan Puteh), Kurita-Kurita (Octopus) dan lain² lauk takat.
Perahu berarak dengan Bendera Brunei semasa Upacara Pengibaran Bendera sempena Hari Kebangsaan Brunei Darussalam
Adie dengan Octopus
Gipang C-Madin
Ketambak, Kunyit-Kunyit (BlueStripe Snapper) & Umpak
Lapih & Pisang²
Hasil Tangkapan dibahagi Empat
No comments:
Post a Comment