Ahad, 21 Februari 2010 @ 07:00 Pagi - 01:00 Tgh Hari – Cuaca dan Ombak di Laut pada masa ni tak menentu membuatkan kami nda turun kelaut. Untuk mengisikan masa lapang baik jua lah kami iaitu Mayan, Jeman dan Nuai turun ke Sungai untuk mengail udang. Ada jua udang kan dibawa balik, siuk jualah la rasanya menarik kail tu. Malah²an lagi kalau udang sauh atu, siuk eh.. Tapi keseronokan itu Cuma di awal pagi tu saja sewaktu air sungai mula naik pasang. Pada masa tu udang naik tak putus² dan apabila air sungai dah naik pasang/dalam, udang tu pun tah kemana perginya.. Kami pun baliklah pada tengah harinya.. Alhamdullilah ada jua rezeki lebih kurang 55 ekor.
No comments:
Post a Comment