Selamat Datang diucapkan kepada semua kaki-kaki pancing dan pencinta khazanah dari mana jua pun asalnya. Paparan ini hanyalah bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi aktiviti-aktiviti memancing, mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di perairan Brunei tak kira ikan air tawar atau pun ikan air masin. Menostalgiakan kenangan-kenangan manis sewaktu memancing melalui gambar-gambar memancing dan akhir kata diucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua pengunjung blog ini. Sekian Terima Kasih

Tuesday, April 20, 2010

Yatah Ganya Nie Uleh Kami

Pagi Sabtu @ 17 April 2010 - Trip kali ini adalah dirancang untuk membuat Lawa² (Raba) di kawasan laut AMPA Belait. Apabila kerja pengbuangan RABA telah selesai dan jam pun masih awal, kami pun terus menuju ke lokasi sempadan Belait/Baram. Keadaan air laut disana tidak lah berapa baik dengan arus munuju ke barat daya. Tengok kat Fish Finder pun tak ada ikan dibawah. Apakan daya kami pun teruskan saja memancing disana. Berkat kesabaran ada jua ikan yang menjamah. Memandangkan pada hari itu cuaca sangatlah Panas Terik, cuma sekejaplah saja kami memancing. Tak tahan dengan kepanasan hari itu. Alhamdullillah, ini lah saja ikan yang dapat dibawa pulang iaitu Tenggiri seberat 2kg, Kapas² seberat 2kg juga, 3 ekor Kerapu Bara (Pengantaran) dan beberapa ekor ikan Pisang².

Pisang², 3x Pengantaran, Kapas² dan Tenggiri
Adie dengan Hasil Tangkapannya

No comments: