Sabtu, 27 Februari 2010 @ 0600 hrs - 1200 hrs - Trip kali ini dikawasan yang sama iaitu di Takat Kecil. C-Dapatz Team iaitu Mayan, Jeman dan Adie memulakan trip seawal jam 06:00 pagi dan singgah sebentar merambat Udang Siar di Kuala Sungai untuk dijadikan umpan. Tapi Cuma beberapa ekor udang saja yang diperolehi. Memandangkan cahaya matahari makin meninggi, kami pun berangkat menuju kelokasi.
Memandangkan pada hari itu air laut berkeadaan tenang dan dipersisiran pantai pada masa ini musim bubuk dan ikan pusu, dan di kawasan takat pun terdapat banyak ikan² kecil bermain², maka peluang untuk menaikan ikan² pemangsa seperti Travelly Family, Tenggiri dan Snapper adalah sangat tipis. Apakan daya dengan kekurangan pengalaman dan pengetahuan maka kami pun hanya menggunakan teknik bottom fishing saja. Alhamdullilah, hasil tangkapan pada hari itu adalah seperti ikan Pisang², Kunyit² (Bluestripe Snapper), kerapu dan Bekalang sahaja.

Menuju Ke Lokasi
Pisang² dan Kunyit² seberat 7Kg
Kerapu 2.5Kg
Bekalang 1Kg
No comments:
Post a Comment