Sabtu, 06 March 2010 @ 0700hrs – 1000hrs – Keluarga C-Dapatz turun ke pantai untuk menyadak bubuk. Bubuk sejenis udang kecil sekarang telah melanda dipersisiran pantai Belait. Bubuk ini ditangkap menggunakan Sadak iaitu sejenis jala halus yang dijahit ke dua batang kayu. Dihujung tiap batang kayu itu dipasang dengan kasut supaya ianya senang bergesir dipasir laut apabila ditolak. Ini adalah musim Bubuk pertama pada tahun ini. Ianya cuma berlarutan selama seminggu sahaja. Selepas itu bubuk ini akan berpindah ketempat lain lagi. Maka orang ramai tidak akan melepaskan peluang ini.
Hasil Bubuk ini akan dijadikan Cencalu (Cencaluk / preserved shrimps) dan Belacan (Shrimp Paste). Bubuk ini juga boleh dikeringkan untuk dijadikan simpanan untuk kegunaan dilain hari. Ianya juga sedap dibuatkan cucur bubuk

Menyadak bubuk di pecahan ombak
Gondoi & C-Awang sedang asyik menyadak
Ramai orang tak melapaskan peluang
Membawa hasil tangkapan ke darat
Makcik ini masih kuat untuk mengangkat hasil kira² beratnya 10kg
C-Awang membetulkan jala yang koyak
Hasil Tangkapan dipunggah ke kereta
Gambaran bubuk
separuh hasil tangkapan setelah dibahagi dua bahagian
No comments:
Post a Comment